BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

*PENGENALAN TASKA SRI MARQIESAR

Assalamualaikum wr.wb. dan Salam Sejahtera.

Taska Sri Marqiesar mengucapkan Selamat Datang dan mengalu-alukan kunjungan anda ke Laman Web Taska. Di laman web ini anda dijemput untuk meluncur ke semua laman yang direkabentuk khusus untuk memberikan informasi yang berguna untuk anda di Taska Sri Marqiesar.

Sebagai sebuah institusi pembangunan kanak-kanak, Taska Sri Marqiesar komited untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada anda dan anak-anak anda. Falsafah perkhidmatan kami juga berteraskan Win-Win iaitu perkhidmatan yang berteraskan untuk mengujudkan manfaat bersama antara tiga pihak, iaitu anak-anak, anda dan kami.


HAI

HAI

Sabtu, Julai 24

*PERMAKANAN,KESIHATAN ANAK2

Permakanan

Permakanan di Taska Sri Marqiesar amat menitik beratkan aspek kualiti, keseimbangan dan kebersihan. Bagi program Taska, ibubapa perlu untuk menyediakan makanan (susu atau makanan separa ruji) yang berkualiti dan secukupnya, pihak taska akan sentiasa berbincang perkembangan anak-anak khususnya impikasi permakanan. Secara umumnya jenis permakanan yang disediakan bergantung kepada tahap perkembangan anak-anak.

Di Taska anak-anak diajar supaya mengamalkan adab yang baik ketika makan seperti bacaan doa, kedudukan badan, amalan makan bersama, menghargai makanan dan bencikan pembaziran. Mereka juga dilatih supaya memakan makanan seimbang, sukakan buah-buahan dan sayur-sayuran dan menanamkan tabiat supaya menolak `junk food'.

Bagi program tadika, pihak tadika hanya menyediakan minuman dan makanan ringan kepada para pelajar. Bagi sesi pagi Waktu Kudapan & Rehat adalah pada pukul 10 pagi manakala bagi sesi petang pada pukul 3.00 petang.

Adalah dikehendaki ibubapa dan penjaga menghantar anak-anak ke program taska menghantar anak-anak selepas bersarapan pagi bagi pelajar-pelajar sesi pagi dan telah makan tengahari pagi pelajar-pelajar sesi petang.



Kesihatan & Keselamatan


Pihak Taska amat menitik beratkan aspek kesihatan dan keselamatan anak-anak. Ibubapa dan penjaga dikehendaki:

Memastikan anak atau jagaan dalam keadaan sihat, jika anak-anak menghidapi masalah kesihatan dan alahan, hendaklah dimaklumkan kepada pihak pengurusan taska bagi langkah-langkah pencegahan dan pengawalan boleh diambil.
Sekiranya anak-anak terkena penyakit berjangkit, ibubapa dilarang untuk menghantar anak-anak ke tadika sehingga ia sihat.
Bagi tujuan-tujuan keselamatan dan ketenteraman tadika, pelajar-pelajar tidak dibenarkan untuk membawa permainan sendiri dari rumah. Pelajar juga dilarang sama sekali membawa alatan-alatan yang merbahaya seperti, pisau grafik, kompas, benda-benda tajam dan berasid yang boleh memudaratkan pelajar-pelajar lain.
Pihak taska juga melarang anak2 memakai barangan kemas dan membawa barang-barang berharga ke taska. Pihak tidak bertanggungjawab seandainya mana-mana barang-barang kemas dan berharga yang dibawa ke hilang atau mengalami kerosakan.





Perubatan


Pihak Taska komited dalam memastikan tahap kesihatan dan keselamatan anak-anak yang mengikuti program di sini berada pada tahap yang memuaskan dan terjamin. Pihak kami berkerjasama dengan dua klinik perubatan untuk memberikan keutamaan perkhidmatan kepada pihak kami, klinik-klinik tersebut adalah:



Disamping itu Taska sedang berusaha untuk mendapatkan khidmat dari Kementerian Kesihatan untuk mengadakan program lawatan kesihatan & pergigian ke Taska untuk memberikan perkhidmatan kepada anak-anak.

KILINIK 1MALAYSIA

0 ulasan: